Saturday, April 25, 2009

Membaca di usia muda bukan lagi mustahil !!!


Di zaman siber ini, manusia mengejar ilmu tanpa batasan. Penguasaan kemahiran membaca dikalangan kanak kanak seawal usia 4 tahun adalah amat penting untuk membuka seluas luasnya pelbagai bidang ilmu dan seterusnya mengorak langkah maju setapak kehadapan daripada kanak kanak yang seusia dengannya.




Petikan akhbar
" Lebih 100,000 pelajar tahun 2 hingga tahun 6 tidak boleh lancar membaca "
- Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Okt.2005 

Pusat Tuisyen Minda Optima

- Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Selangor No. JPS 013/2001



Pusat Sehenti Pembelajaran Anak Anda
Ø      · - Kelas berhawa dingin
Ø      · - Suasana pembelajaran yang selesa
Ø      · - Guru yang bertauliah dan berpengalaman
Ø      · - Pendekatan berpusatkan pelajar
Ø      · - Bilangan pelajar yang dihadkan
Ø      · - Pemantauan prestasi pelajar
Ø      · - Kemudahan untuk ibu bapa 
Ø      · - Kawalan Keselamatan






1)PROFIL
Ditubuhkan pada bulan Mei 1995. Dikenali sebagai Pusat Tuisyen Minda Optima. Mula beroperasi di Danau Kota dengan menjalankan program Metal Aritmetik, Glorious English , The Victoria Readers dan beberapa program tuisyen sekolah rendah dan menengah.
Mulai tahun 1998, berpindah ke Taman Samudra dan banyak menumpukan kepada program-program perkembangan minda dan bahasa. Antaranya ialah program PETA MINDA dan kelas Bacaan Bahasa Melayu Kaedah Cahayaku dan English Reading Programme The Victoria Readers.

Pengasas
Di asaskan oleh Pn. Zalma @ Rashida Bt. Mamat
Pendidikan : - Sijil Perguruan Asas – Pendidikan Awal Kanak-kanak
·        Institut Bahasa , Kuala Lumpur 1990-1993.
·        Ijazah Sains Dengan Pendidikan (Biologi)
·        Universiti Kebangsaan Malaysia , 1997-2001
Pernah terlibat secara aktif sebagai tenaga pengajar Pendidikan Sempoa dan Mental Aritmetik dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, 1997-1998.
Pembantu Pensyarah Utama bagi Kursus Abakus dan Mental Aritmetik Kementerian Pendidikan Anjuran Pusat Perkembangan Teknologi Untuk semua Jurulatih Utama Jabatan Pelajaran Negeri , 2006-2007.


2)PROGRAM
Kami menyediakan :-
1) Kelas Intensif Bacaan Bahasa Melayu
- Sistem Lancar Baca Cahayaku
2) Kelas Intensif Bacaan Inggeris
- The Victoria Readers
3) Program Lasak
- Latih Tubi subjek kritikal untuk pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 ~ 6

Subjek disediakan :-
Ø       Bahasa Inggeris
Ø       Bahasa Melayu
Ø       Matematik
Ø       Sains
4) Program Tuisyen Tingkatan 2 & PMR

Subjek disediakan :-
Ø       Bahasa Inggeris
Ø       Bahasa Melayu
Ø       Matematik
Ø       Sains
Ø       Sejarah
Ø       Geografi 

1) Kelas Intensif Bacaan Bahasa Melayu
    - Sistem Lancar Baca Cahayaku
Sistem Bacaan Cahayaku adalah merupakan satu teknik yang telah terbukti mampu dikuasai oleh kanak kanak seawal usia 3 tahun. Teknik yang menggunakan mimik muka dan melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah dalam menerbitkan bunyi sungguh mudah, pantas, berkesan dan menyeronokkan. Pasti anak anda menyukai kaedah bacaan ini yang begitu santai dan tidak membebankan kerana kaedah ini tidak memerlukan kanak kanak menghafal huruf huruf dan sukukata sukukata untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar. Sistem ini juga telah membantu beribu ribu kanak kanak yang buta huruf diseluruh negara.
Ø       Berkesan terhadap semua golongan kanak kanak terutamanya yang menghadapi masalah buta huruf.
Ø       Menghapuskan pelat dan loghat serta menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu baku.
Ø       Mengambil masa yang singkat dari 1 hingga 6 bulan.
Ø       Tidak membebankan dan membosankan pelajar semasa belajar.
Ø       Membentuk minat membaca dikalangan pelajar.
Ø       Membaca terus dan lancar tanpa mengeja.
Ø       Pembelajaran secara individu dalam kumpulan kecil.
Ø       Membuka peluang pelajar mengusai kemahiran membaca mengikut keupayaan masing masing. 

KAEDAH
Kaedah ini tidak memerlukan kanak-kanak mengenal huruf A-Z sepertimana lazimnya yang di pelajari di sekolah. Mereka juga tidak dimestikan untuk menghafal sukukata sukukata asas seperti ba – bi – bo – bu – be . PELIK TAPI BENAR!!!
Melalui kaedah ini kanak-kanak akan di bimbing untuk membunyikan setiap vokal dan konsonan melalui pembentukan bentuk mulut serta perletakan posisi posisi lidah yang betul bagi setiap vokal dan konsonan.
Seterusnya mereka akan dilatih untuk meletuskan bunyi dengan mudah dan tepat.
Kaedah ini langsung tidak membebankan pelajar kerana tidak berlaku hafalan sukukata sukukata bagi dicantumkan untuk menjadi perkataan.
Pada kebiasaannya kanak-kanak mengambil masa antara 4 – 6 bulan untuk menguasai keseluruhan kemahiran membaca sehingga boleh membaca buku cerita dan artikel dengan lancar tanpa bimbingan guru mahupun ibu bapa.
Teknik ini telah mendapat pujian dan disenaraikan sebagai khazanah ilmuan ke arah meningkatkan mutu pendidikan negara oleh Pusat Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga diistilahkan juga sebagai pembelajaran bersantai dengan jalinan IQ dan EQ oleh Pn. Akidah Abu Hassan ( Pengurus Projek Penerbitan Buku Prasekolah DBP) - Petikan Ucapan Beliau April, 1999.


2) Kelas Intensif Bacaan Bahasa Inggeris
    - The Victoria Readers (TVR)
Penguasaan dan pemahaman di dalam bahasa Inggeris tidak dinafikan lagi, menjadi semakin penting dan mendesak. Kanak kanak yang boleh membaca dan mengeja dengan lancar sebelum memulakan alam persekolahan akan mempunyai tahap kesediaan yang tinggi di dalam menerima pembelajaran. The Victoria Readers System adalah suatu teknik bacaan secara phonetic.

We Can Read and Spell So Can You !!! 
- The Victoria Readers established since 1994 celebrates 15th Anniversary.
- A leader in tutoring children in English from beginners to intermidiate levels.
- Innovative phoenetic system devised by Victoria Wong Tsae Ling with 35 years experience as an English teacher. 

Apakah yang unik tentang " The Victoria Readers " ?

Ø       Kanak kanak dapat membaca dan mengeja di dalam masa yang singkat ( 50~60 unit pelajaran).
Ø       Sistem yang mudah dikuasai kanak kanak seawal usia 4 tahun.
Ø       Di akhir program, kanak kanak maju kehadapan 2 tahun daripada rakan sebayanya dari segi kelancaran dan pengetahuan. 


SIAPA YANG PATUT MENYERTAI PROGRAM BACAAN KAMI?
1. Semua kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas.
2. Pelajar tadika yang akan memasuki Tahun 1.
3. Semua pelajar sekolah rendah yang menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk membaca dengan lancar.
4. Pelajar yang berada di kelas PEMULIHAN KHAS di sekolah rendah.


BAGAIMANA PROGRAM BACAAN DI JALANKAN?
Kelas dijalankan 2 kali seminggu dan 4 kali seminggu.
Setiap sessi pelajaran akan mengambil masa 1 jam 30 minit.
Satu kumpulan seramai 8 – 9 orang pelajar akan dikendalikan oleh seorang guru.
Pengajaran akan dijalankan secara INDIVIDU sepenuhnya.
Setiap pelajar akan belajar mengikut kemampuan masing-masing. 

SEMUA KANAK-KANAK MAMPU MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN LANCAR ASALKAN IBUBAPA SABAR MENGIKUTI PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK.!!!


3) Program LASAK ( Latih Tubi ) Tahun 1 ~ Tahun 6
Guru bertauliah,berpengalaman dan profesional akan membantu anak anda lebih memahami dan menguasai pelajaran yang lemah melalui sistem latih tubi. Ini kerana sistem ini memberi pendekatan dan bimbingan latihan secara individu.
Perkembangan pelajar akan diberikan dari masa kesemasa melalui samada melalui kad lapuran, sms atau email kepada ibubapa.
4 mata pelajaran penting disediakan:-
  • - Bahasa Inggeris
  • - Bahasa Melayu
  • - Matematik
  • - Sains


4) Program Tuisyen Tingkatan 2 & PMR
Guru bertauliah,berpengalaman dan profesional akan membantu anak anda lebih memahami dan menguasai pelajaran yang disediakan. Ini kerana sistem kami memberi pendekatan berpusatkan pelajar disamping bilangan pelajar yang dihadkan.
Perkembangan pelajar akan diberikan dari masa kesemasa melalui samada melalui kad lapuran, sms atau email kepada ibubapa.
6 mata pelajaran penting disediakan:-
  • - Bahasa Inggeris
  • - Bahasa Melayu
  • - Matematik
  • - Sains
  • - Sejarah
  • - Geografi



3) JADUAL
JADUAL BELAJAR MEMBACA BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS 
( SRI GOMBAK ) 
Pilihan :- 
1) Isnin & Rabu ( 8:00 ~ 9:30 malam ) 
2) Selasa & Jumaat ( 8:00 ~ 9:30 malam ) 
3) Sabtu dan Ahad ( 9:00 ~ 10:30 pagi ) 
4) Sabtu dan Ahad ( 11:00 ~ 12:30 tengahari )

JADUAL PROGRAM LASAK T1 ~ T6 ( SRI GOMBAK ) 
Pilihan :- 
1) Isnin ~ Jumaat ( 8:00 ~ 9:30 malam ) 
Isnin     - English, Matematik, Sains & B.Melayu
Selasa  - B.Melayu & Sains  
Rabu    - Sains, Matematik & English 
Khamis - English, Matematik & Sains 
Jumaat - Matematik & B. Melayu 
2) Ahad ( 9:00 ~ 10:30 pagi ) 
- Matematik 
3) Ahad ( 10:45 ~ 12:15 tengahari )
- English


JADUAL TUISYEN TING. 2 ( SRI GOMBAK )
Sabtu & Ahad - ( 9:15 ~ 11:45 pagi ) 

Minggu 1,2 & 4
Subjek :-
Sabtu - Matematik & Sains
Ahad - B. Melayu & English 

Minggu 3
Subjek :-
Sabtu - Sejarah & Geografi Ahad - Sejarah & Geografi

JADUAL TUISYEN PMR ( SRI GOMBAK )
Selasa, Rabu & Jumaat - ( 8:00 ~ 9:45 malam )

Minggu 1 & 3
Subjek :-
Selasa - Matematik
Rabu - B. Melayu
Jumaat - Sains 

Minggu 2 & 4
Subjek :-
Selasa - Geografi
Rabu - Sejarah
Jumaat - English


JADUAL BELAJAR MEMBACA BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS 
( MELAWATI )
1) Isnin & Rabu ( 8:00 ~ 9:30 malam )
2) Sabtu dan Ahad ( 9:00 ~ 10:30 pagi )
3) Sabtu dan Ahad ( 11:00 ~ 12:30 tengahari )

4) LOKASI

TAMAN SRI GOMBAK
Pusat Tuisyen Minda Optima
No. 1A, Jalan SG 3/14,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Tel No:- 03-6185 4735/019-2626 046





TAMAN MELAWATI
Pusat Pendidikan Minda Optima
No. 251A, Jalan Bandar 12,
Taman Melawati,
Selangor Darul Ehsan.
Tel No:- 03-6185 4735/019-2626 046





5) TESTIMONI & GAMBAR
( under construction )














6) PENGAMBILAN BARU DIBUKA 
1) Kelas Intensif Bacaan Bahasa Melayu dan Inggeris
Terbuka untuk kanak kanak 4 tahun keatas & murid sekolah yang gagal membaca. 
2) Program LASAK ( Latih Tubi ) Tahun 1 ~ Tahun 6 
Terbuka untuk pelajar sekolah rendah Tahun 1 ~ 6 yang lemah dan gagal memahami subjek tertentu atau persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 
3) Program Tuisyen Ting. 2 dan PMR
Terbuka untuk pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 2 & 3. yang lemah dan gagal memahami sukatan pelajaran atau persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.





7) PERTANYAAN / HUBUNGI

TEL No. :- 03-6185 4735 / 6185 6046
HP No.  :- 019-2626 046

 


8) PEMBAYARAN
( under construction )


9) LINK

http://www.superpages.com.my/education/educational-consultants/minda-optima-51779.html http://www.victoriareaders.com.my/licencees.html