CAHAYAKU

Kelas Intensif Bacaan Bahasa Melayu
    - Sistem Lancar Baca Cahayaku
Sistem Bacaan Cahayaku adalah merupakan satu teknik yang telah terbukti mampu dikuasai oleh kanak kanak seawal usia 3 tahun. Teknik yang menggunakan mimik muka dan melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah dalam menerbitkan bunyi sungguh mudah, pantas, berkesan dan menyeronokkan. Pasti anak anda menyukai kaedah bacaan ini yang begitu santai dan tidak membebankan kerana kaedah ini tidak memerlukan kanak kanak menghafal huruf huruf dan sukukata sukukata untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar. Sistem ini juga telah membantu beribu ribu kanak kanak yang buta huruf diseluruh negara.
Ø       Berkesan terhadap semua golongan kanak kanak terutamanya yang menghadapi masalah buta huruf.
Ø       Menghapuskan pelat dan loghat serta menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu baku.
Ø       Mengambil masa yang singkat dari 1 hingga 6 bulan.
Ø       Tidak membebankan dan membosankan pelajar semasa belajar.
Ø       Membentuk minat membaca dikalangan pelajar.
Ø       Membaca terus dan lancar tanpa mengeja.
Ø       Pembelajaran secara individu dalam kumpulan kecil.
Ø       Membuka peluang pelajar mengusai kemahiran membaca mengikut keupayaan masing masing. 


KAEDAH
Kaedah ini tidak memerlukan kanak-kanak mengenal huruf A-Z sepertimana lazimnya yang di pelajari di sekolah. Mereka juga tidak dimestikan untuk menghafal sukukata sukukata asas seperti ba – bi – bo – bu – be . PELIK TAPI BENAR!!!
Melalui kaedah ini kanak-kanak akan di bimbing untuk membunyikan setiap vokal dan konsonan melalui pembentukan bentuk mulut serta perletakan posisi posisi lidah yang betul bagi setiap vokal dan konsonan.
Seterusnya mereka akan dilatih untuk meletuskan bunyi dengan mudah dan tepat.
Kaedah ini langsung tidak membebankan pelajar kerana tidak berlaku hafalan sukukata sukukata bagi dicantumkan untuk menjadi perkataan.
Pada kebiasaannya kanak-kanak mengambil masa antara 4 – 6 bulan untuk menguasai keseluruhan kemahiran membaca sehingga boleh membaca buku cerita dan artikel dengan lancar tanpa bimbingan guru mahupun ibu bapa.
Teknik ini telah mendapat pujian dan disenaraikan sebagai khazanah ilmuan ke arah meningkatkan mutu pendidikan negara oleh Pusat Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga diistilahkan juga sebagai pembelajaran bersantai dengan jalinan IQ dan EQ oleh Pn. Akidah Abu Hassan ( Pengurus Projek Penerbitan Buku Prasekolah DBP) - Petikan Ucapan Beliau April, 1999.


SIAPA YANG PATUT MENYERTAI PROGRAM BACAAN KAMI?
1. Semua kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas.
2. Pelajar tadika yang akan memasuki Tahun 1.
3. Semua pelajar sekolah rendah yang menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk membaca dengan lancar.
4. Pelajar yang berada di kelas PEMULIHAN KHAS di sekolah rendah.

BAGAIMANA PROGRAM BACAAN DI JALANKAN?
Kelas dijalankan 2 kali seminggu dan 4 kali seminggu.
Setiap sessi pelajaran akan mengambil masa 1 jam 30 minit.
Satu kumpulan seramai 8 – 9 orang pelajar akan dikendalikan oleh seorang guru.
Pengajaran akan dijalankan secara INDIVIDU sepenuhnya.
Setiap pelajar akan belajar mengikut kemampuan masing-masing. 

SEMUA KANAK-KANAK MAMPU MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN LANCAR ASALKAN IBUBAPA SABAR MENGIKUTI PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK.!!!